03072024

最后更新12:00:00 上午

Back 商会资讯 Latest Update 商会资讯 其他活动 OTHER EVENTS PEMBERITAHUAN PERUBAHAN DI DALAM GARIS PANDUAN GERAN PEMBANGUNAN PASARAN / MARKET DEVELOPMENT GRANT (MDG) 2016

PEMBERITAHUAN PERUBAHAN DI DALAM GARIS PANDUAN GERAN PEMBANGUNAN PASARAN / MARKET DEVELOPMENT GRANT (MDG) 2016

  • PDF
kccci seminar

PEMBERITAHUAN PERUBAHAN DI DALAM GARIS PANDUAN GERAN PEMBANGUNAN PASARAN / MARKET DEVELOPMENT GRANT (MDG) 2016
 
Sukacita dimaklumkan bahawa MATRADE telah membuat penambahbaikan pada garis panduan MDG 2016 bagi aktiviti Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) serta Misi Perdagangan Khusus (SMM). Penambahbaikan ini bertujuan menggalakkan penyertaan syarikat  untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan disamping memastikan lebih banyak syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) layak mendapat faedah daripada geran ini. 
 
2. Berikut adalah penambahbaikan yang dibuat:
 
Misi Perdagangan dan Pelaburan / Trade and Investment Mission (TIM) serta Misi Perdagangan Khusus / Specialised Marketing Mission (SMM)
Kenaikan jumlah maksimum geran daripada RM2,000 kepada RM10,000 bagi aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian dan agensi, Persatuan Perdagangan dan Dewan Perniagaan seta Badan Profesional yang berdaftar dengan kerjasama MATRADE.
 
3. Sehubungan dengan ini, kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada syarikat-syarikat di bawah seliaan amat dihargai. Maklumat lengkap mengenai garis panduan MDG juga boleh didapati di Portal MATRADE  (http://www.matrade.gov.my/en/malaysian-exporters/services-for-exporters/exporters-development/exports-assistance).
 
4.   Penambahbaikan ini berkuatkuasa 24 Februari 2016. Walaubagaimanapun, garis panduan lain yang sedang berkuatkuasa adalah tidak berubah.
 
5. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Unit MDG MATRADE di talian +603 6207 7593.